Inspirasi Anda

Redha itu perlu, Rindu itu pasti

25hb Disember 2015 Abang, pagi ni bila bangun tidur air mata ayang menitis lagi...rindukan abang. Abang selalu ada dalam mimpi ayang.. ...

Tuesday 12 January 2016

Benar, ia sedang berlaku...

13 Januari 2016

Assalamualaikum, teman hatiku yg baik hati, yang setia hingga akhir nyawa. Moga abang dilindungi dari siksa kubur dan bahagia selamanya.

Abang, benar kata orang..menjadi JANDA ni banyak sangat fitnahnya. Dan kini, ayang melaluinya...takde siapa yang faham dan ayang sendiri tak tahu nak cerita pada siapa..hanya Allah tempat mengadu...mungkin ayang sendiri yang tak pandai menjaga diri sendiri...ayang perlukan abang di sisi sekarang ni...kesian ayang, abang...

Ayang senyum tapi dalam hati bergelodak ingin menjerit memanggil abang untuk ajar ayang, untuk tegur ayang...

Abang, terasa sukar hidup tanpa abang...benar, matlamat tak menghalalkan cara...ayang tak sedar ada orang yg mudah mengambil kesempatan ke atas insan yg bergelar janda ni. Dulu mungkin berlaku pada orang lain...tapi kini isteri abang terpaksa melaluinya...ayang kena laluinya sendiri...sedihnya,abang..tanpa teguran abang..tanpa tunjuk ajar abang..tanpa kasih sayang abang...

Setiap hari, bila abang tiada dlm hidup ayang, ayang selalui berdoa supaya ayang ditemukan dengan orang2 yang baik, orang2 yang berniat baik...ayang doa supaya ayang tak jumpa orang yg SALAH..Tapi ,Allah uji ayang utk jumpa dengan org yang SALAH..yg pada asalnya mengatakan niat utk berkongsi ilmu..tapi ayang sendiri tak pasti apa niatnya..abang, silap ayang kerana tak berfikir..silap ayang kerana tak menyiasat..silap ayang kerana mungkin ayang sendiri yg terdesak..silap ayang kerana tiada siapa yg mengajar dan menegur...ayang malu pada Tuhan, ayang bersalah pada abang...abang, datanglah kembali...

Kalaulah abang ada, tentu takkan jadi macam ni...

Allah, terima kasih atas ujian ini...Terima kasih kerana mengajar aku melalui ujian ini..Terima kasih kerana menyedarkan aku sebelum aku lalai..terima kasih kerana Kau maqbulkan doa aku..

Abang..abang..abang...abang...abang......tolong ayang.....

Allah, hilangkan rasa kecewa ini!!!!Gantikanlah dengan kekuatan...

No comments:

Post a Comment