Inspirasi Anda

Redha itu perlu, Rindu itu pasti

25hb Disember 2015 Abang, pagi ni bila bangun tidur air mata ayang menitis lagi...rindukan abang. Abang selalu ada dalam mimpi ayang.. ...

Thursday 7 January 2016

Hanya Dia yang Tahu

8 Januari 2016

Assalamualaikum, teman baikku,Kazlie bin Kuzi. Moga abang lebih bahagia di sana daripada di dunia yg tiada apa-apa ni...Doakan ayang juga bahagia di sini mengikut apa yg Allah dah rancangkan untuk ayang.

Abang, ayang di sini setiap hari merindui wajah abang dan kebaikan abang. Syukur pada Allah yg menciptakan abang dan mentakdirkan  jodoh abang sebagai suami ayang. Terima kasih sangat pada Abah dan Chek yang melahirkan abang. Terima kasih, abang kerana menjadi suami yang sangat kacak, penyayang, baik hati, pemurah, jujur, sopan, rajin untuk isterimu ini....

Abang, semua orang cakap ayang begitu kuat dan positif walaupun suami meninggal dunia...Baru 39 hari, diorang cakap ayang dah boleh tersenyum dan ketawa...ayang dah boleh buat kerja macam biasa..Sampai ada juga yg mengucapkan tahniah! Selamat kembali! Hakikatnya, semua tu palsu..semua tu hanya nak puaskan mata dan hati semua yang memandang..Hakikatnya, hati ayang masih terluka..sangat bersedih..masih lemah..masih tak bersemangat...seperti baru semalam abang meninggalkan ayang..tapi biarkanlah kerana meraka tak tahu...Hanya Allah yang tahu...tiada satu hari pun yang berlalu tanpa air mata kerana merindui abang, kerana mengharap abang muncul semua depan mata ayang...orang tak nampak sbb tangisan dan kelemahan ini ayang hanya mengadu pada Allah. Ayang takde siapa2 dah,abang kecuali Allah...Dia tempat ayang meluahkan segala beban dalam perasaan ini. Cuma ayang SANGAT TAKUT kalau hati ayang masih mempersoalkan KENAPA kepada Allah. Moga dijauhkan.


Sampai hari ni, ayang masih tertanya-tanya macamana nak teruskan kehidupan tanpa abang dalam rumah kita. Kita takde anak seperti orang lain yang mungkin boleh menemani dan menjadi teman berbual hingga hari tua..ayang diuji oleh Allah seorang diri hingga kini...Ayang redha. Ayang hanya hambaNya. Moga Allah mudahkan semua utk ayang walaupun sendiri...

Abang, ayang sangat rindukan abang..



No comments:

Post a Comment